Pet Sitting & Home Grooming Kucing Klang Valley | PuffePaw
Pet Sitting & Home Grooming · Klang Valley

Nak outstation, tapi risau tinggal si bulus sorang-sorang kat rumah?

Tak semua kucing okay dihantar ke cattery. Ada yang stress, tak nak makan, sampai jatuh sakit. Dengan PuffePaw, kucing anda kekal selesa di rumah sendiri — kami yang datang beri makan, cuci litter, main & hantar update gambar setiap lawatan. Anda pergi tenang, dia pun tenang.

Dari RM39 / lawatan
3 tahun dipercayai 900+ kucing dijaga Update gambar & video
Kucing comel duduk tenang di rumah dijaga PuffePaw
Apa kata tuan punya kucing

Diamanahkan oleh ratusan pet parents Klang Valley.

Ruang ni untuk testimoni sebenar customer PuffePaw — WhatsApp chat, gambar kucing masa dijaga, atau review Google.

TESTIMONI 1

"Puas hati sangat dengan layanan & hasil kerja. Yang paling buat saya gembira — keadaan kucing lepas balik: tenang, selesa, langsung tak stres. Bulu kemas, bersih & wangi. Sebagai pemilik, lega sangat tengok dia dalam keadaan baik lepas grooming. InsyaAllah repeat lagi."

Zarina · Klang
Ruang gambar testimoni customer

"Rasa sangat beruntung & bersyukur dapat service cik Ain. Untuk mummy sibuk macam saya yang kadang tak terkejar nak mandikan anak bulus — sikap Ain & team yang cermat & lemah lembut buat kucing saya selesa & behave. Harap boleh berterusan!"

Miss Q · Kuala Lumpur
Ruang gambar testimoni customer

"Terima kasih Ain groom anak-anak saya. Dulu kalau grooming mesti bising, jerit-jerit macam kena dera. Tapi dengan Ain — saya & husband pun terkejut, takde bunyi apa, senyap je, selesa je."

Shihirahr · Petaling Jaya
Ruang gambar testimoni customer

"First time panggil orang datang rumah groom anak bulus — sebab tengok video. Cuba je la, plus kat rumah lagi selesa untuk dia. Harga promo pun best. Handle kucing tengok tenang je, wangi giler, lepas tu asyik tido sebab selesa. Confirm repeat panggil Ain & team lagi ❤️"

Mel · Glenmarie
Kenapa ia penting

Kucing tak suka pindah rumah — walau sehari.

Kucing = haiwan territorial

Kucing rasa selamat bila kekal dalam persekitaran yang dia kenal — bau dia sendiri, sudut tidur dia, litter dia. Bila dukeluarkan dan dihantar ke tempat asing yang penuh kucing lain, ramai kucing jadi stress, sorok, tak nak makan, dan lebih terdedah kepada jangkitan.

Bayangkan anda dicampak ke bilik penuh orang asing selama seminggu, tanpa katil sendiri. Itulah rasa kucing dalam cattery.

Sebab tu kami buat sebaliknya — kami yang datang ke rumah anda. Kucing kekal di zon selesa dia, ikut rutin biasa, dan anda tetap dapat lihat dia sihat lewat gambar & video setiap lawatan.

Hantar cattery
Persekitaran asing, kucing lain, rutin berubah — ramai kucing stress.
PuffePaw datang rumah
Kekal di rumah sendiri, ikut rutin biasa — kucing tenang & selesa.
Bukan cakap kosong

Rekod yang cakap sendiri.

3 tahun kami masuk rumah demi rumah di Klang Valley, jaga kucing orang macam kucing sendiri. Ini bukan side hustle sekejap — ini kerja yang kami buat setiap hari.

900+
ekor kucing dah kami bantu jaga sepanjang perjalanan
3 thn
pengalaman pet sitting & home grooming di Klang Valley
Setiap
lawatan
anda dapat update gambar & video — tak perlu teka-teki

Berpangkalan di Damansara Damai · cover seluruh Klang Valley. Setiap lawatan direkod dengan gambar & video untuk ketenangan anda.

Kucing selesa dijaga di rumah oleh PuffePaw
Macam anda ada kat rumah

Setiap lawatan, si bulus dijaga penuh perhatian.

Kami datang ke rumah ikut jadual yang dipersetujui. Beri makan & isi air minum, cuci litter, dan pastikan dia selesa — sama macam rutin harian yang dia biasa.

Lepas tu kami luangkan masa main & temankan dia supaya dia tak rasa sunyi, dan hantar update gambar & video terus ke WhatsApp anda. Anda nampak sendiri dia sihat & happy, walaupun beribu batu jauhnya.

Rutin dia tak terganggu. Ketenangan anda terjaga.
Semudah 1-2-3-4

Macam mana nak mula dengan PuffePaw.

Tak rumit. Tempah, kami datang, kucing dijaga, anda dapat update.

1

WhatsApp kami

Bagitahu tarikh anda takde & berapa ekor kucing. Kami semak slot.

2

Kami datang rumah

Meet & greet dulu kalau perlu, biar kucing kenal kami sebelum anda pergi.

3

Jaga & main

Beri makan, cuci litter, temankan dia ikut jadual setiap lawatan.

4

Update ke anda

Gambar & video terus ke WhatsApp. Anda tenang, dia happy.

Setiap lawatan, anda dapat

Bukan sekadar bagi makan & balik.

Beri makan & minum

Makan ikut jadual & jenis yang anda tetapkan, air minum sentiasa penuh dan bersih. Tak lupa, tak lambat.

Bersihkan litter box

Litter discoop & dibersihkan setiap lawatan supaya rumah anda kekal wangi dan si bulus rasa selesa.

Bermain & temankan

Kami luangkan masa main & belai dia supaya dia tak rasa sunyi atau ditinggalkan sepanjang anda tiada.

Update gambar & video

Setiap lawatan direkod & dihantar terus ke WhatsApp anda. Nampak sendiri dia sihat & happy.

Keselamatan diutamakan

Pintu rumah dipastikan berkunci, kucing tak terlepas keluar, dan segala amanah anda kami jaga rapi.

Home grooming tersedia

Nak sekali mandi, sikat, trim kuku & spa? Boleh tambah pakej grooming — semua di rumah, tanpa stress.

Info ringkas

Semua yang anda nak tahu, sekali pandang.

Kawasan liputan
Seluruh Klang Valley · pangkalan Damansara Damai
Haiwan
Pakar kucing 🐱 (pet sitting & home grooming)
Servis tersedia
Lawatan harian ikut jadual · booking awal digalakkan
Cara tempah
WhatsApp — kami semak slot & atur meet & greet
Cara bayar
Online transfer / DuitNow — disahkan sebelum lawatan
Pengalaman
3 tahun · 900+ ekor kucing dijaga
Perbandingan jujur

Dua cara tinggalkan kucing masa anda pergi.

Sama-sama nak jaga kucing. Tapi rasa hati anda — dan rasa hati dia — sangat berbeza.

Tanpa PuffePaw

  • Kucing dihantar tempat asing — stress, sorok, tak nak makan
  • Terpaksa mintak tolong jiran yang tak berapa reti jaga kucing
  • Litter bertimbun, air kering, rumah berbau bila anda balik
  • Tiada update — anda risau sepanjang percutian
  • Balik-balik rasa bersalah tengok kucing lemau & merajuk

Dengan PuffePaw

  • Kucing kekal di rumah sendiri — tenang, selesa, rutin terjaga
  • Dijaga orang berpengalaman — 900+ kucing sebelum ni
  • Makan, air, litter & rumah semua terurus setiap lawatan
  • Update gambar & video — anda tenang setiap hari
  • Balik disambut kucing yang sihat, kenyang & happy
Pilih tahap penjagaan

3 pakej lawatan — ikut keperluan si bulus.

Dari sekadar jaga asas, sampai spa penuh di rumah. Premium paling ramai pilih.

Basic CarePremium CareGrooming Spa
Anggaran masa ±20–30 min ±45–60 min Ikut kondisi
Beri makan & isi air
Cuci litter
Appetite & behaviour check
Update gambar
Update video + playtime bonding
Light grooming (sikat · kuku · mata · telinga)
Full grooming (mandi · trim paw · sanitary)
Weight/body assessment + full report
Spa finishing (calming mist + scent)
Harga RM39 RM89 RM120–200

Harga Basic & Premium untuk 1–3 ekor. Grooming Spa ikut saiz, jenis bulu & kondisi kucing.

Nak jaga masa outstation berhari-hari? Gabungkan dengan pakej lawatan di bawah untuk harga lebih jimat.

Pakej lawatan pet sitting

Makin banyak lawatan, makin jimat.

Sesuai bila anda outstation atau bercuti beberapa hari. Semua pakej free postage dalam Klang Valley.

1Lawatan
RM39
satu lawatan

Sesuai untuk lawatan sekali sahaja atau keperluan segera.

Pilih pakej ini
★ Paling popular
7Lawatan
RM249
≈ RM35.57 / lawatan

Pakej terbaik untuk seminggu penuh! Lebih jimat & lebih tenang sepanjang perjalanan anda.

Pilih pakej ini
4Lawatan
RM149
≈ RM37.25 / lawatan

Lebih jimat untuk lawatan berkala. Sesuai untuk 3–4 hari.

Pilih pakej ini

Jaminan ketenangan PuffePaw.

Setiap lawatan, anda dapat update gambar & video — bukan sekadar cakap "dah settle". Kucing dijaga oleh orang yang dah handle 900+ ekor, dengan meet & greet dulu supaya dia kenal kami sebelum anda pergi.

Anda pergi dengan hati tenang. Itu janji kami.

Soalan lazim

Benda yang selalu orang tanya.

Kucing saya pemalu / garang dengan orang asing. Boleh ke?

Boleh. Sebab tu kami buat meet & greet dulu sebelum anda pergi — biar kucing kenal muka & bau kami dalam suasana selesa. Kami sabar dan tak paksa. Untuk kucing yang extra sensitif, bagitahu je perangai dia, kami sesuaikan cara handle.

Korang cover area mana?

Kami berpangkalan di Damansara Damai dan cover seluruh Klang Valley. WhatsApp je lokasi rumah anda, nanti kami confirm sama ada dalam kawasan servis & atur jadual.

Macam mana nak tempah?

Senang je — tekan butang WhatsApp kat page ni. Bagitahu tarikh anda takde, berapa ekor kucing, dan pakej yang berkenan. Kami semak slot dan uruskan meet & greet. Booking awal digalakkan, terutama musim cuti sekolah & perayaan.

Saya betul-betul dapat update ke tiap kali?

Ya. Setiap lawatan anda dapat gambar & video terus ke WhatsApp — nampak kucing anda makan, main dan sihat. Anda tak perlu teka-teki atau risau sepanjang anda di luar.

Kalau kucing saya lebih dari 3 ekor macam mana?

Boleh diuruskan. Harga pakej yang tertera untuk 1–3 ekor. Kalau lebih, cuma bagitahu berapa ekor masa WhatsApp — kami akan bagi sebut harga yang sesuai ikut bilangan & keperluan.

Selain jaga, boleh sekali grooming tak?

Boleh! Kami ada home grooming — dari light grooming (sikat, trim kuku, lap mata) sampai Grooming Spa penuh (mandi, sanitary trim, calming mist). Semua dibuat di rumah anda supaya kucing tak stress. Tengok jadual pakej di atas.

Anda dah baca sampai sini. Maknanya anda sayang betul kucing anda.

Pergi dengan tenang. Biar kami jaga si bulus.

Datang ke rumah · beri makan, cuci litter, main & update setiap lawatan · cover Klang Valley.

Kucing bahagia dijaga PuffePaw
Pet Sitting PuffePaw
Dari RM39
WhatsApp Kami Untuk Semak Slot
KLANG VALLEYFREE POSTAGEMEET & GREETUPDATE TIAP LAWATAN3 THN + 900 KUCING

PufféPaw

Pet Sitting & Home Grooming Kucing · Damansara Damai, cover seluruh Klang Valley

Gentle care for every companion 🐾

© 2026 PuffePaw. Semua hak terpelihara.