Simulator Budget Simulator

Simulator Budget Simulator

Troubleshoot iklan anda dengan DATA. Bukan lagi ikut perasaan teka teki.

Ramai founder yang saya lihat sekarang, bila nak mula buat ads, terus melompat fikir pasal nak buat kreatif yang gempak dan nak kejar sales melambung. Tapi hakikatnya, mereka langsung takde 'figure' asas. Tak tahu berapa sales bulanan yang nak dicapai, berapa customer diperlukan, dan tak jelas langsung pasal AOV, COGS, atau target CPP/CPL.

Dan inilah penghalang terbesar mereka untuk konsisten buat untung. Bila mereka takde 'figure' sendiri untuk dipantau, mereka tak tahu macam mana nak troubleshoot root cause bila ads ke laut. Hujung-hujungnya, founder macam ni lah yang paling mudah termakan dengan 'gula-gula' marketing kat socmed.

Saya faham kenapa ramai yang abaikan benda ni. Kebanyakannya menyangka buat ads ni macam magik tekan butang, duit terus masuk. Lagipun, bab nak mengadap nombor dan kira-kira ni memang leceh dan cepat buat kepala jammed.

Dulu saya pun macam tu juga. Main langgar je run ads asalkan nampak leads masuk. Memang seronok nampak notification, tapi bila hujung bulan kira tolak campur, margin untung ciput sangat. Rupanya selama ni kerja keras cuma untuk bayar bil Mark Zuckerberg je.

Sehinggalah satu hari saya tersedar, marketing ni sebenarnya adalah Mathematics. Kalau kita tak tahu exact numbers bila ads kita mula rugi, dan bila masa yang tepat untuk scale up, kita sebenarnya tengah berjudi, bukan berniaga. Kita WAJIB ada direction berdasarkan data.

Sebab tu, hari ni saya nak share senjata rahsia saya: Marketing Budget Simulator. Sistem ni akan bantu anda kira semua figure penting di atas secara automatik. Anda boleh pakai template ni secara PERCUMA je. Pergi klik link kat bio saya sekarang untuk dapatkan akses. (Peringatan penting: Jangan request edit access ya, tolong klik File > "Make a copy" dulu sebelum guna untuk diri sendiri!) 👇